Karnival Jualan dan karnival seni budaya telah diadakan pada 27 Julai 2011.Aktiviti dijalankan untuk mendedahkan murid-murid kepada aktiviti berjualbeli secara langsung. Disamping itu, utnuk mengisi tabung kelab, persatuan dan unit beruniform.Selain itu, karnival ini dapat mendedah tentang seni budaya bangsa yang terdapat di negara ini.
Pada hari tersebut pelbagai aktiviti berkaitan dengan seni budaya telah dijalankan seperti persembahan kompang, tarian, pertandingan membuat wau, pertandingan congkak dan sepak raga bulat.
Seramai 14 orang pelajar mempersembahkan tarian zapin beradat yang dipimpin oleh Cikgu Fauziah Hanim bin Che Hassan dan diajar oleh En. Aznan bin Zakaria, beliau merupakan seorang AJK PIBG. Pasukan ini telah ditubuh pada tahun 2002 dan pernah menjadi johan pertandingan tarian kebangsaan di Kuching pada 2007. Pasukan tarian SK Teruntum juga pernah mengadakan persembahan di London sempena Minggu Malaysia.
Pertandingan sepak raga bulat juga turut diadakan untuk memeriahkan lagi karnival ini. pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Cikgu Nor Amali bin Abd. Majid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan