Jumaat, 12 Ogos 2011

Program Perpaduan Kaum


           


               Satu Program Perpaduan kaum diadakan di surau SK Teruntum pada 10 Ogos 2011, jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Program ini adalah anjuran Panitia Sivik yang diketuai oleh En. Muhammad Khairil Afendey b. Khaidhir. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum, apatah lagi negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. Ini penting bagi menjamin keharmonian hidup dapat dikekalkan.


Selasa, 2 Ogos 2011

PERTANDINGAN PEMBANGUNAN DAN KLINIK GIMNASTIK ARTISTIK MSSP 2011




Seramai lima orang murid dari SK Teruntum telah menyertai Pertandingan pembangunan dan Klinik Gimnastik Artistik MSSP 2011 di Gimnasium SK Chini 3 dan 5, Pekan pada 24-28 Julai 2011. Nurizzatul Sofea dari Tahun empat memenangi tempat ketiga, Anis Marlisa ( Tahun 4 ) memenangi tempat kelima, Fatin Nurshahira ( Tahun 1 ) memenangi tempat kelima dan Amira Izzwa ( Tahun 5) mendapat tempat kelima. Manakala Nur Irslina (Tahun 1) hanya sebagai peserta sahaja.